Monday 3 July 2017

Budak baru masuk praktikal hari kedua pun dah kecoh?


Credit to Google


Hai. Kali ini admin cuba untuk membawa kelainan sedikit tajuk dengan blog admin. Harini admin nak kongsi tentang hari kedua admin berpraktikal di salah satu organisasi di Kota Kinabalu, Sabah.

Admin sebenarnya sedang buat praktikal untuk Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan. Doakan agar admin graduat bulan November nanti ya. Doa yang baik-baik, hasilnya pun pasti baik bukan?

Baiklah. Admin cuba kongsikan pengalaman admin sehingga hari kedua. Well, baru hari kedua pun dah kecoh-kecoh? Apehal? Bukan. Admin sebenarnya cuma nak kongsi sahaja beberapa pengalaman admin masuk hari kedua berpraktikal.

Masa hari pertama, admin berasa sangat terkejut dengan budak praktikal yang datang bersama. Bukannya apa, admin terkejut sebab ramai sebenarnya kawan dari universiti yang sama datang buat praktikal disini, cuma tidak sangkalah sebab admin ni suka buat 'gerakan solo'.

Orang lain datang berpraktikal sorang-sorang. Yang lain mesti ada kawan bagi teman. Lahhh..baru praktikal belum kerja dah takut. Macamana nak survive bila kerja nanti kan? Hehe. Ini cuma pendapat admin sahaja. Jangan pula nak kecam-kecam yer. Lagi satu, budak praktikal yang datang sini bukan setakat 4-5 orang, tapi sampai 10 orang. Phew.

Hari pertama lapor diri kami budak-budak praktikal diminta untuk perkenalkan diri. Bayangkan kami perlu lawat setiap bilik staff yang ada berpuluh-puluh dan itu baru satu tingkat. Lepas berjaya mengelilingi satu tingkat, kami dibawa ke tingkat atas lagi. Tingkat 8. Bayangkan diatas hampir sama besar dengan tingkat dibawah. Kami perlu jumpa setiap staff dan bagi greeting "Morning, nama saya Ester, belajar di XX, ambil course XX."

Okay cukup dengan itu, hari kedua berpraktikal barulah admin ada masa nak explore bangunan ini. Banyak masa free nampak? Hahahaha. Harini supervisor admin cuma minta untuk refresh balik apa yang admin sudah belajar sebelum ni pasal cara buat Gantt Chart, simple coding komputer guna notepad dan software komputer lain macam xammp dan Apache.

Sejujurnya admin ni bukannya terer sangat benda-benda pengkomputeran ni, tapi itulah gunanya buat praktikal kan? Refresh balik ilmu yang sudah pernah dipelajari. Kiranya admin pun rasa beruntung juga diletakkan bawah Bahagian Teknologi dan Maklumat (ICT). Sesuai dengan apa yang admin pernah belajar di universiti. Syukur.

Cakap pasal praktikal, admin paling suka kalau tengok fasiliti yang disediakan. Contohnya macam kemudahan lift, bilik mesyuarat, elektrik, water cooler, tangga kecemasan (emergency exits), tandas dan kafe.
Fasiliti yang disediakan sangat selesa dan bersih

Emergency exit

Kemudahan tandas yang disediakan sangat selesa dan berdekatan dengan pejabat
Bagi budak yang baru praktikal, kemudahan simple yang dianggap macam remeh sebenarnya inilah yang paling diperlukan. Bayangkan kalau tiada kemudahan tandas? Nak kencing, buang air besar dimana?
Kemudahan lift yang disediakan

Kalau tiada kafe yang berdekatan, dimana nak makankan?Apalagi kalau belum familiar sangat dengan kawasan tempat praktikal dan kafe yang paling dekat pun 1 km itupun perlu menyeberang jalan raya yang sesak dengan kereta Tak ke naya tu?. Ini pendapat adminlah, untuk budak praktikal better bawa bekalan makanan kan? Nasi putih campur telur pun mewah rasanya. Tapi kalau tempat korang intern ada bagi elaun baguslah. Boleh upgrade makan "mewah" sikit.

Tapi kalau nak elak gastrik, bawalah makanan tambahan yang kaya dengan protein ganti dengan karbohidrat. Admin harini sempat juga bancuh Energizing soya protein (ESP) dan mealshakes Shaklee untuk bagi tenaga sampai lunch hour.

Protein dari ESP dan mealshakes Shaklee
Ermm rasanya itu sahaja yang admin boleh share dengan anda semua tentang hari praktikal hari kedua admin. Tak dapat bagi details sangat sebab admin budak baru belajar kan.

Goodluck yang sama-sama praktikal dengan admin. Semoga kita sama-sama terus sukses pada masa hadapan.
Credit to Google






No comments:

Post a Comment