Wednesday 12 July 2017

Suplemen terbaik berasaskan protein dari kacang soya "non-GMO"


"Aduhh tiada masa nak sarapan. Kena gastrik lah pula."

Well, bagi mereka yang sibuk bekerja atau studen yang busy dengan kerja hakiki sememangnya akan skip brekpes atas alasan sibuk. Dan ini akan menyebabkan kepedihan pada ulu hati atau yang sering kita panggil sebagai sakit gastrik.

Apa beza soya shaklee dengan soya lain?

Dr.Forrest C.Shaklee


Soya shaklee adalah syarikat pertama yang telah mencipta makanan tambahan yang berasaskan kacang soya. Dr.Shaklee adalah orang pertama yang mencipta pengasingan protein pada awal 70-an.

Energizing Soya Protein (ESP) mempunyai kajian klinikal dan mempunyai kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang dihasilkan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" yang diproses pada kadar suhu yang rendah.

ESP Shaklee diperkaya dengan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Oh ya! Satu hidangan bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada lemak, tiada asid urik dan mudah diserap dalam badan. Protein soya Shaklee juga mengandungi Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 yang menjadikan protein soya Shaklee sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah paras gula dalam darah abnormal.

Antara manfaat utama protein soya dalam ESP shaklee adalah:
  •  membantu membaiki semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot serta protein membantu dalam mempercepatkan kesembuhan luka dan kesan parut. Itulah sebabnya protein soya shaklee dikategorikan dalam set kulit sihat dan cantik.
  • sebagai bekalan tenaga. Buat mereka yang sibuk atau dalam misi mengurangkan pemakanan karbohidrat seperti nasi boleh cuba amalkan protein soya ESP shaklee. Protein dalam kacang soya membekal tenaga dengan segera. jadi yang memilih instant foods atau junk foods, apa kata tukar selera anda kepada protein soya shaklee?
  • memelihara kesihatan rambut. Protein dalam kacang soya mampu membantu membaiki masalah rambut yang cepat beruban, rambut gugur dan membaiki masalah berkaitan pigmentasi.
[Testimoni pengambilan suplemen tambahan ESP]

Gambar 1: ESP membantu menurunkan berat badan

Gambar 2: ESP membantu turunkan berat badan, elak gastrik dan selesaiakn masalah kesihatan kulit

Gambar 3: Sebelum dan selepas gunakan set shaklee

Gambar 4: Kulit muka semakin nampak glowing dan makin cerah!!

Gambar 5: Selepas amalkan set kulit sihatdan cantik (ESP, vitamin C dan vitamin E)
Info tambahan

  • Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun, perubahan warna rambut, tumbuseran yang terbantut, masalah penghadaman.
  • Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino dimana setiap satunya menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim.
Terima kasih dan selamat membaca.

Hubungi pengedar shaklee KK-Ranau,
017-8297529 (Ester).


Suplemen terbaik untuk dapatkan kulit sihat dan cantik


Suplemen untuk dapatkan kulit sihat dan glowing
Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuklah kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C dari buah kedalam tubuh kita setiap jam.

Dalam kajian klinikal yang telah dilakukan telah membuktikan vitamin C dalam tablet Shaklee (yang dilepaskan secara berperingkat dalam masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (ekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex yang berfungsi untuk meningkatkan imunisasi, melegakan keradangan, melawan jangkitan bakteria dan elak daripada serangan radikal bebas.

Antara manfaat utama suplemen sustained-released vitamin C adalah:

1. Membentuk kolagen: meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Vitamin C mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot daripada menjadi lembik dan kendur.

2. Meningkatkan sistem pertahanan badan: membina sel darah merah yang lebih sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, meningkatkan pertahanan badan daripada alergi. Juga membantu mengelakkan daripada selesema dan batuk yang berpanjangan.

3. Membantu kulit agar lebih sihat dan cantik: pengambilan suplemen yang selamat dan semulajadi amatlah penting jika ingin dapatkan kulit yang sihat dan cantik serta cerah. Vitamin C membantu melambatkan penuaan dan menghalang daripada pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

[Testimoni vitamin C shaklee]

Gambar 1: Testimoni pengambilan Vitamin C Shaklee untuk masalah mulut berkudis

Gambar 2: Testimoni pengambilan Vitamin C shaklee untuk masalah kayap

Gambar 3: Testimoni untuk masalah kulit sensitif dan gusi berdarah


Amaran!
Image via Google


1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
Keresahan melampau mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam badan
Pil penahan sakit (pain killer) menyusutkan vitamin C yang banyak
Pengambilan dos berlebihan vitamin C boleh menyebabkan cirit birit (12 kapsul)

Cadangan hidangan atau pengambilan suplemen:

2 kali sehari; selepas makan untuk pengambilan suplemen vitamin C harian

Sila follow ig dan fb: Ester_Natural Vitamin Shop


Sedikit tips daripada admin sendiri, admin juga amalkan pengambilan suplemen tambahan untuk dapatkan kulit sihat dan untuk elakkan masalah kulit seperti berjerawat dan mencerahkan kulit. Tapi kena ingat pengambilan apa-apa suplemen tambahan atau vitamin, tipsnya perlu banyakkan minum air putih dan elakkan pengambilan kafein semasa telan vitamin C. Dan tips yang paling penting, kena konsisten.

Dapatkan konsultasi dan info lanjut daripada pengedar shaklee anda,
017-8297529 (Ester),
Agen Shaklee Kota Kinabalu-Ranau

Terima kasih dan selamat membaca!

Monday 10 July 2017

Tips luar biasa untuk budak praktikal



 
Image via Google


Admin ada sedikit tips yang nak share sedikit. Alaa ni mesti tips pasal bawa dokumen lengkap macam gambar paspot, baju mesti kemas dan formal (depends dengan company tu lah..certain company ada yang pakai tshirt jewrr..selalunya budak-budak yang programming..diaorang santai je tu. Tapi kalau government wajib baju formal)dan lain-lain lagilah…semua tips ni biasa kita dengar kan?
 
Image via Google
Tapi ada beberapa tips yang luar biasa admin boleh bagi untuk rapatkan silaturahim dengan pekerja atau kawan-kawan yang sama-sama praktikal ditempat yang sama. Ini ikut pengalaman admin lah. Tips pertama, jangan lokek senyuman dengan orang sekeliling. Senyumankan satu sedekah.Manalah tahu senyum dengan anak bos ke, jodohke??Oppps haha.
 
Image via Google
Tips kedua, kalau budak praktikal yang tiada dapat elaun bawalah bekalan makanan sedikit untuk cover belanja makan lunch. Pengalaman admin lah, admin sendiri pernah bawa megi laksa makan dipantri. Sana ada air panas. Tempat admin praktikal sangat-sangatlah kondusif dan selesa. Syukur.

Tips ketiga, ini admin perasan masa baru-baru masuk praktikal. Admin rapat dengan kawan-kawan praktikal sebab satu “benda” ni juga. Apa dia? Cer teka? Bagi saspen skett…tidak dapat teka? Hahaha. Oklah jawapannya hard disk admin yang sudah berkhidmat 2 tahun ni. Sooo,apa kaitan? Dalam hard disk boleh simpan banyak benda kan? Lagu kepop, video dan paling penting boleh muat baanyak koleksi k-drama.dari sinilah admin tau ayat “anyeong”, “saranghae” dan “oppa” segala. Fyi, admin dapat rapat dengan senior sebab "senjata rahsia" ini. Huahuahua
Image via Google
Dan tips yang terakhir, bawalah jajan atau “makanan ringan” yang boleh buang rasa “penat” setelah buat beberapa kerja (eklehhh..admin masa hari pertama duk goyang kaki jewrr tapi lapar jugakk). Kalau yang cepat lapar macam admin bolehlah bawa sedikit makanan bikin alas perut kejap. Admin kadang-kadang bawa roti dan bancuh protein soya jewrr kalau malas sangat. Protein soya pilihan admin semestinya Energizing soya protein Shaklee. Memang membantu sangat untuk tahan sehingga maslunch. Gastrik pun tiada.


Jangan lupa share komen pengalaman tentang hari "sekali dalam seumur hidup".

Monday 3 July 2017

Budak baru masuk praktikal hari kedua pun dah kecoh?


Credit to Google


Hai. Kali ini admin cuba untuk membawa kelainan sedikit tajuk dengan blog admin. Harini admin nak kongsi tentang hari kedua admin berpraktikal di salah satu organisasi di Kota Kinabalu, Sabah.

Admin sebenarnya sedang buat praktikal untuk Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan. Doakan agar admin graduat bulan November nanti ya. Doa yang baik-baik, hasilnya pun pasti baik bukan?

Baiklah. Admin cuba kongsikan pengalaman admin sehingga hari kedua. Well, baru hari kedua pun dah kecoh-kecoh? Apehal? Bukan. Admin sebenarnya cuma nak kongsi sahaja beberapa pengalaman admin masuk hari kedua berpraktikal.

Masa hari pertama, admin berasa sangat terkejut dengan budak praktikal yang datang bersama. Bukannya apa, admin terkejut sebab ramai sebenarnya kawan dari universiti yang sama datang buat praktikal disini, cuma tidak sangkalah sebab admin ni suka buat 'gerakan solo'.

Orang lain datang berpraktikal sorang-sorang. Yang lain mesti ada kawan bagi teman. Lahhh..baru praktikal belum kerja dah takut. Macamana nak survive bila kerja nanti kan? Hehe. Ini cuma pendapat admin sahaja. Jangan pula nak kecam-kecam yer. Lagi satu, budak praktikal yang datang sini bukan setakat 4-5 orang, tapi sampai 10 orang. Phew.

Hari pertama lapor diri kami budak-budak praktikal diminta untuk perkenalkan diri. Bayangkan kami perlu lawat setiap bilik staff yang ada berpuluh-puluh dan itu baru satu tingkat. Lepas berjaya mengelilingi satu tingkat, kami dibawa ke tingkat atas lagi. Tingkat 8. Bayangkan diatas hampir sama besar dengan tingkat dibawah. Kami perlu jumpa setiap staff dan bagi greeting "Morning, nama saya Ester, belajar di XX, ambil course XX."

Okay cukup dengan itu, hari kedua berpraktikal barulah admin ada masa nak explore bangunan ini. Banyak masa free nampak? Hahahaha. Harini supervisor admin cuma minta untuk refresh balik apa yang admin sudah belajar sebelum ni pasal cara buat Gantt Chart, simple coding komputer guna notepad dan software komputer lain macam xammp dan Apache.

Sejujurnya admin ni bukannya terer sangat benda-benda pengkomputeran ni, tapi itulah gunanya buat praktikal kan? Refresh balik ilmu yang sudah pernah dipelajari. Kiranya admin pun rasa beruntung juga diletakkan bawah Bahagian Teknologi dan Maklumat (ICT). Sesuai dengan apa yang admin pernah belajar di universiti. Syukur.

Cakap pasal praktikal, admin paling suka kalau tengok fasiliti yang disediakan. Contohnya macam kemudahan lift, bilik mesyuarat, elektrik, water cooler, tangga kecemasan (emergency exits), tandas dan kafe.
Fasiliti yang disediakan sangat selesa dan bersih

Emergency exit

Kemudahan tandas yang disediakan sangat selesa dan berdekatan dengan pejabat
Bagi budak yang baru praktikal, kemudahan simple yang dianggap macam remeh sebenarnya inilah yang paling diperlukan. Bayangkan kalau tiada kemudahan tandas? Nak kencing, buang air besar dimana?
Kemudahan lift yang disediakan

Kalau tiada kafe yang berdekatan, dimana nak makankan?Apalagi kalau belum familiar sangat dengan kawasan tempat praktikal dan kafe yang paling dekat pun 1 km itupun perlu menyeberang jalan raya yang sesak dengan kereta Tak ke naya tu?. Ini pendapat adminlah, untuk budak praktikal better bawa bekalan makanan kan? Nasi putih campur telur pun mewah rasanya. Tapi kalau tempat korang intern ada bagi elaun baguslah. Boleh upgrade makan "mewah" sikit.

Tapi kalau nak elak gastrik, bawalah makanan tambahan yang kaya dengan protein ganti dengan karbohidrat. Admin harini sempat juga bancuh Energizing soya protein (ESP) dan mealshakes Shaklee untuk bagi tenaga sampai lunch hour.

Protein dari ESP dan mealshakes Shaklee
Ermm rasanya itu sahaja yang admin boleh share dengan anda semua tentang hari praktikal hari kedua admin. Tak dapat bagi details sangat sebab admin budak baru belajar kan.

Goodluck yang sama-sama praktikal dengan admin. Semoga kita sama-sama terus sukses pada masa hadapan.
Credit to Google






Monday 12 December 2016

Profil


Hello !!! Ini blog pertama yang saya baru buka. Dalam blog ini, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang penyakit dan penawar. Dan tidak lupa juga, suplemen tambahan yang akan saya kongsikan. Sudah pastinya vitamin tambahan yang sihat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Kawan-kawan panggil ahjumma shaklee sebab saya pengedar bebas shaklee, tapi jangan risau saya tetap akan berkongsi kepada anda semua tentang suplemen selain shaklee ya!! Nantikan perkembangan terbaru nanti.

                                                                                                              -Ester-
FB: Ester Alovia
IG: @vitamin_ester